Sunday, August 14, 2011

Hani Sofea

gambar pertama diambil selepas kelahiran....bersama bedung buatan tangan mama


Tanggal 27/7/11.....6.34ptg...aku selamat melahirkan seorang puteri comel...berat 3.49kg di HSI, Johor Bahru....2 minggu awal dari tarikh yang dijangkakan.....
Tak sangka betul awal pulak kali ni.. ingatkan dapat la aku menyambut awal Ramadhan..memandangkan tarikh jangkaan bersalin sebenar pada 8/8....tapi nampaknya baby nak kuar awal...redha je la yang aku kena "beraye" awal..hehe....
HANI SOFEA....itu nama yang dipilih suamiku sendiri...."Hani"...sebab anak pompuan aku semua bermula huruf H....Hanis & Hannah...."Sofea"...suami aku kata sedap nama tu....kebetulan plak angkasawan negara Dr Syed Muzaffar baru dapat baby girl namanye..Sophea Isabella....tu yang hubby pilih nama tu...tak kisah la yang penting makna nye baik..Hani ( Periang ) Sofea ( Menawan )....

Tuesday, July 5, 2011

Hobi Baru....

Yamin menggayakan bedug baru...


6 helai bedung pelbagai warna & corak...



pi rehat jap...sat lg sambung balik



barut jenis zap on dari kain jenis cotton


sebelah dalam barut yang dah siap...




hu..hu..hujung2 nak bersalin ni..aku terjumpa satu hobi baru...MENJAHIT...haha..kelakar ler jugak...berbekal kan mesin jahit yg aku beli lebih 5 tahun dulu...dan ke "terror" an aku menjahit ( jahitan lurus jer la )..aku pun men"survey" beberapa blog baby camner cara nak buat bedung & barut baby.....at last siap gak ler beberapa pasang walaupun jahitan nyer agak lintang pukang..tak cam yg ader kat blog2 tu...hehe

Wednesday, June 1, 2011

Cuti sekolah lagi....

Kali ni kami bercuti di negeri paling dekat dengan johor...iaitu Melaka...rasanya asyik bercuti kat negeri bersejarah ni jer..hihi..almaklum ler...jauh perjalanan budget pun kena lebih ler...kira nak jimat la ni....lagipun keadaan kesihatan diriku yang tak baper nak larat biler berjalan agak jauh....cukup ler stakat Melaka jer...
Sejak Negeri Melaka ni diisytihar negeri maju..ni ler pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi indah ni..kalau dulu masa dok Muar..boleh kata tiap2 minggu turun Melaka...

Monday, May 23, 2011

Hari Guru tahun ni...

antara hadiah dari anak muridku..



persembahan guru...


kenangan dengan rakan seperjuangan



warga guru SKPK 2011



bergambar sebelum berarak











Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU






Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah





GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Thursday, May 5, 2011

Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.

Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills
.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KertasKerja/12022009/PanduanSambutanHariBapaIbuKekasih12022009.pdf



Pada pandangan dan pemahaman aku, umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat. Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu

Monday, May 2, 2011

Balik Kampung...

Aina Arrisa


atuk, adilla & Yasmin



hidangan BBQ




saja suka2 wat makan2







Kejutan....








Kejutan!!!! itu ler perkataan yang kuar dari mulut "kakak" biler dia keluarkan sekeping kertas dari beg sekolah dia...buat2 terkejut la jugak walaupun sebenarnya aku dah nampak kertas yang dia nak bagi ni...

Terharu sungguh dapat kad Hari Ibu sbb sebelum ni aku tak penah dapat (ni tahun pertama anakku bersekolah tadika dan dah pandai menulis sikit2..alhamdulillah ).bila aku suruh dia baca apa yang dia tulis kat kad tu..dia kata " kakak sayang ayah...kakak sayang mama"..( nampak sangat dia ikut jer cikgu dia tulis..walhal belum pandai baca pun...)






aku tampal kad Myra kat opis aku...


Kalau time aku marah dia...dia kata dia nak ammik balik kad ni....dia kata dia nak sayang ayah jer..ha ha...kelakar gak anak aku ni...ape ape jer la anakkkk....

Tuesday, April 26, 2011

Macam2 anak

bantal bucuk



beso nyer spec..



kakak kiss sikit...



merenung masa depan



minum susu time...











Monday, April 25, 2011

Bila Anak Mama Sakit....

tidur sepanjang hari...

kena pegi hospital baru demam beransur baik...


kakak dengan bantal "gemuk" nya


abang tidur sampai terjatuh...





sian Yasmin...




Bila anak mama sakit,

hati mama jadi susah,

tidur mama jadi tak tentu arah,

makan minum mama....ahh...biarlah..


Bila anak mama sakit,

hati mama jadi tak keruan,

kepala mama binggung bukan kepalang,

nak menanti dirimu sembuh....bagai berbulan - bulan...



Bila anak mama sakit,

doa dan harapan mama panjatkan,

agar dirimu cepat -cepat sembuh,

dan hilai tawamu kembali kedengaran...




nukilan hati mama














Monday, April 11, 2011

Bengkel Ku

pemandangan belakang bengkel KH

akhir 2009..wah sonoknyer dapat bangunan sekolah baru.....sebab aku pun akan dapat bengkel KH sendiri..tak ler "bertukang " dalam kelas pas ni....berkobar2 pasang niat nak mencantikkan bengkel ni...tapi awal tahun 2010 tu aku tgh sarat pregnant 3rd baby...so buat yang termampu jer la...


ni meja kerja ketua formen...berselerak...nama pun bengkel kan???

sikit2 aku berusaha untuk menghias dan melengkap kan bengkel ni....ok la kan...dah la tgh pregnant masa tu...kerja2 menggantung semua aku buat sendiri...mana yang terdaya la


hasil kerja murid tahun ni....


Dalam subjek KH ada kerja2 pertukangan untuk tahap 2...aku ler cikgu nyer...aku beli plywood dan kayu2 belum siap potong supaya murid aku merasa ler kerja menggergaji, mengukur, memotong dll...tp last2 aku yang penat memotong kayu2 ni...perghhh sabo jer la...

tapi aku sonok la..tgk hasilnya....murid2 aku pun saling kerjasama menyiapkan projek mereka....tapi yang tak best nyer...buku folio aku tunggu sampai sekarang tak anta2...


bukan stakat bertukang jer..menjahit langsir pun kerja aku..ha ha


siap bawak mesin jahit dari umah tu...


hasil lukisan aku...bolehhhh la....

aku ni bukan ler pandai melukis pun...tapi belasah jer la...tgk kekawan lain bz menghias bilik masing2..aku teringgin gak nak tgk bengkel aku cantik...



projek terbaru 2011..tanam sayur dalam bekas...


pokok hiasan dalam pasu

projek penyambungan litar


akuarium yang masih belum ada ikan....


Sekarang...aku masih terus cuba untuk mencantik dan melengkapkan lagi bengkel ni...ni aje la sumbangan yang boleh aku lakukan untuk kebaikan sekolah dan kemudahan pembelajaran anak murid ku....


mana la tau...jodoh ku mungkin tak panjang bersama sekolah ni...dapat lah aku abadikan kenangan terindah disekolah PARIT KUDUS ni...aminnnn....

Friday, April 8, 2011

Deko Deko Deko....

sebelum..pemandangan ruang menonton televisyen

ruang tamu yang kekal sama


lighting effect membantu mencantikkan ruang


ruang menonton sekarang..lebih ceria



Sukanya dapat deko rumah sendiri.....dah lama "kepingin" nak pasang wallpaper ni.. at last dapt gak....masa pilih corak tu punyer la rambang bijik mata ni di buatnyer...takut tak kena ngan konsep & kaler dinding asal umah....dan..inilah hasilnyer....


Kos nyer??? boleh tahan arrr..boleh cat satu umah kalau guna cat biasa...tapi ape pun aku puas hati..kalau guna cat biasa pun ruang ni nampak boring..coz layout umah aku ni tak baper cantik..


Langkah Berjimat

kena prewash insert CD at least 3X before usage..

Yasmin with her new CD


CD ni jenis snap button..ader gak jenis velcro...


emmm..jimat...jimat..jimat..tu ajer yg ader dalam kepala ni..memandang kan ahli keluarga nak makin bertambah....


satu daripadanya ialah mengurangkan kan penggunaan diapers......zharif dah boleh tak pakai diaper lagi..kecuali time tido....yasmin masih kecik...tak lama lagi nak ader baby..so kenaa mulakan langkah penjimatan la...caranya...guna CD ( Cloth diaperS)...dah lama ngidam nak beli...at last dapat gak..mcm2 blog aku bukak untuk dapat info CD....sebagai langkah permulaan aku beli yang murah jer...RM20/pc....cam best jer kali pertama aku pakai kan baby aku....tapi kena rajin tukar arrrr coz tak tahan lama sgt cam diapers....


mula2 pakai aku leh jimat dua diapers dalam satu hari..ok kan????ok la coz baby aku kuat "be....".Tapi sebelum guna CD baru tu kena ikut langkah2 yg diberi...untuk tingkat "absorbency" CD tu...next nak beli yang mahal skit arrrr...


boleh dapat info penggunaan CD dari sini

Sunday, March 13, 2011

Jom Heboh @ Danga Bay

abang takut tengok polis...takut kena tangkap

Yasmin penat....

excited tgk binatang....

petting zoo

pic by Myra

mama, kakak, abang & adik

Cuti sekolah telah kembali....masa untuk bersama keluarga tersayang....12/3/2011 - 13/3/2011, Jom Heboh datang ke Johor plak....tahun lepas nak pegi tp tak dapat sebab dekat 10x cari parking..hampeh...pas tu terus kitorang balik...

Tapi tahun ni...seawal 8.30 pagi kitorang bertolak dari rumah....at last dapat gak parking...yang paling syok husband aku ler...sbb dia yang beria2 nak pegi....aku ikut jer...