Thursday, May 10, 2012

Transformasi

 baru selesai memanjat, tampal wording tu...

 bahagian hadapan

 pandangan belakang bengkel

 stor alatan

 rak yang diubahsuai menjadi rak pameran projek murid

tansformasi bengkel...

Wednesday, March 21, 2012

Bengkel Ohh Bengkel

keadaan bengkel sebelum kerja - kerja keceriaan

Cabaran...cabaran .nak mencantikkan dan menceriakan bengkel Kemahiran Hidup yang diserahkan kepada aku ni...walaubagaimanapun aku terima tugasan ni sebagai satu amanah yang mesti dilaksanakan demi keselesaan dan kemudahan anak bangsaku menuntut ilmu..orang kata sikit- sikit lama - lama jadi bukit...
Berita gembira ku terima selepas tu, aku bakal menerima 2 orang guru praktikum dari IPG Johor Bahru..."bagai mengantuk disorong bantal"..mereka ini bakal membantu aku merealisasikan impian aku ni menceriakan bengkel ni...alhamdullilah...
Tak menyalahkan guru sebelum ni, aku sendiri pun tak mampu nak menceriakan bengkel ni seorang diri dek kerana subjek ini hanyalah subjek elektif dan membuatkan aku jarang2 dapat masuk kebengkel...mujur ada guru2 praktikum ni...Terima Kasih En Syafi'e dan En Syafik.

keadaan stor yang tidak terurus

 kerja kerja mengemas stor..huh..berhabuk

 Syafik sedang mengecat..rajinnya


 Murid- murid pun gotong-royong membersihkan akuarium


 hati - hati Syafi'e...tinggi nya


 kerja - kerja memotong dan menjahit langsir


gotong royong membersihkan bengkel


Nantikan transformasi yang bakal berlaku pada Bengkel Kemahiran Hidup SK Batu 24.....sesi 2012..

Sunday, August 14, 2011

Hani Sofea

gambar pertama diambil selepas kelahiran....bersama bedung buatan tangan mama


Tanggal 27/7/11.....6.34ptg...aku selamat melahirkan seorang puteri comel...berat 3.49kg di HSI, Johor Bahru....2 minggu awal dari tarikh yang dijangkakan.....
Tak sangka betul awal pulak kali ni.. ingatkan dapat la aku menyambut awal Ramadhan..memandangkan tarikh jangkaan bersalin sebenar pada 8/8....tapi nampaknya baby nak kuar awal...redha je la yang aku kena "beraye" awal..hehe....
HANI SOFEA....itu nama yang dipilih suamiku sendiri...."Hani"...sebab anak pompuan aku semua bermula huruf H....Hanis & Hannah...."Sofea"...suami aku kata sedap nama tu....kebetulan plak angkasawan negara Dr Syed Muzaffar baru dapat baby girl namanye..Sophea Isabella....tu yang hubby pilih nama tu...tak kisah la yang penting makna nye baik..Hani ( Periang ) Sofea ( Menawan )....

Tuesday, July 5, 2011

Hobi Baru....

Yamin menggayakan bedug baru...


6 helai bedung pelbagai warna & corak...



pi rehat jap...sat lg sambung balik



barut jenis zap on dari kain jenis cotton


sebelah dalam barut yang dah siap...




hu..hu..hujung2 nak bersalin ni..aku terjumpa satu hobi baru...MENJAHIT...haha..kelakar ler jugak...berbekal kan mesin jahit yg aku beli lebih 5 tahun dulu...dan ke "terror" an aku menjahit ( jahitan lurus jer la )..aku pun men"survey" beberapa blog baby camner cara nak buat bedung & barut baby.....at last siap gak ler beberapa pasang walaupun jahitan nyer agak lintang pukang..tak cam yg ader kat blog2 tu...hehe

Wednesday, June 1, 2011

Cuti sekolah lagi....

Kali ni kami bercuti di negeri paling dekat dengan johor...iaitu Melaka...rasanya asyik bercuti kat negeri bersejarah ni jer..hihi..almaklum ler...jauh perjalanan budget pun kena lebih ler...kira nak jimat la ni....lagipun keadaan kesihatan diriku yang tak baper nak larat biler berjalan agak jauh....cukup ler stakat Melaka jer...
Sejak Negeri Melaka ni diisytihar negeri maju..ni ler pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi indah ni..kalau dulu masa dok Muar..boleh kata tiap2 minggu turun Melaka...

Monday, May 23, 2011

Hari Guru tahun ni...

antara hadiah dari anak muridku..



persembahan guru...


kenangan dengan rakan seperjuangan



warga guru SKPK 2011



bergambar sebelum berarak











Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU






Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah





GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Thursday, May 5, 2011

Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.

Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills
.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KertasKerja/12022009/PanduanSambutanHariBapaIbuKekasih12022009.pdf



Pada pandangan dan pemahaman aku, umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat. Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu

Monday, May 2, 2011

Balik Kampung...

Aina Arrisa


atuk, adilla & Yasmin



hidangan BBQ




saja suka2 wat makan2







Kejutan....








Kejutan!!!! itu ler perkataan yang kuar dari mulut "kakak" biler dia keluarkan sekeping kertas dari beg sekolah dia...buat2 terkejut la jugak walaupun sebenarnya aku dah nampak kertas yang dia nak bagi ni...

Terharu sungguh dapat kad Hari Ibu sbb sebelum ni aku tak penah dapat (ni tahun pertama anakku bersekolah tadika dan dah pandai menulis sikit2..alhamdulillah ).bila aku suruh dia baca apa yang dia tulis kat kad tu..dia kata " kakak sayang ayah...kakak sayang mama"..( nampak sangat dia ikut jer cikgu dia tulis..walhal belum pandai baca pun...)






aku tampal kad Myra kat opis aku...


Kalau time aku marah dia...dia kata dia nak ammik balik kad ni....dia kata dia nak sayang ayah jer..ha ha...kelakar gak anak aku ni...ape ape jer la anakkkk....