Wednesday, March 21, 2012

Bengkel Ohh Bengkel

keadaan bengkel sebelum kerja - kerja keceriaan

Cabaran...cabaran .nak mencantikkan dan menceriakan bengkel Kemahiran Hidup yang diserahkan kepada aku ni...walaubagaimanapun aku terima tugasan ni sebagai satu amanah yang mesti dilaksanakan demi keselesaan dan kemudahan anak bangsaku menuntut ilmu..orang kata sikit- sikit lama - lama jadi bukit...
Berita gembira ku terima selepas tu, aku bakal menerima 2 orang guru praktikum dari IPG Johor Bahru..."bagai mengantuk disorong bantal"..mereka ini bakal membantu aku merealisasikan impian aku ni menceriakan bengkel ni...alhamdullilah...
Tak menyalahkan guru sebelum ni, aku sendiri pun tak mampu nak menceriakan bengkel ni seorang diri dek kerana subjek ini hanyalah subjek elektif dan membuatkan aku jarang2 dapat masuk kebengkel...mujur ada guru2 praktikum ni...Terima Kasih En Syafi'e dan En Syafik.

keadaan stor yang tidak terurus

 kerja kerja mengemas stor..huh..berhabuk

 Syafik sedang mengecat..rajinnya


 Murid- murid pun gotong-royong membersihkan akuarium


 hati - hati Syafi'e...tinggi nya


 kerja - kerja memotong dan menjahit langsir


gotong royong membersihkan bengkel


Nantikan transformasi yang bakal berlaku pada Bengkel Kemahiran Hidup SK Batu 24.....sesi 2012..

No comments:

Post a Comment