Friday, November 20, 2009

Enjoy Learning PSV - 16-18 November 2009











kursus yang menyeronokkan walaupun aku kena ganti cikgu lain...pengalaman ni aku akan kongikan dengan guru2 lain..he he kena buat "in house training" la plak sebab ader permintaan dari guru2 kat sni sebab mereka tertarik bila aku bawa balik hasil kerja masa kat kursus ni,,,

Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri 2009

Genap seminggu raya..rasa kejap sangat...seminggu ni jugakla aku menghabis masa balik kg...sampai dah tak ingat nak balik ke rumah...he he....raye pertama kitorang ke Kuantan..tgk adik ipar yang tak dapat balik beraya dikampung....sonok gak..raya pertama dah g jalan...biasenyer dok umah tunggu tetamu jer

raya kedua balik ke kampung aku plak di Sg Buluh...raya ketiga g makan angin kat Cameron ngan family..sesekali bercuti ngan keluarga...lebih meriah lebih seronok...







raya kelima baru la dok umah...tu pun bukan reti dok diam..adik ajak aku tgk kasut "Crocs"...ceh terberkenan plak...satu family beli..sib baik ank aku yg kecik tu saiznyer takder.....petangnyer aku ajak mak g kl...shopping tudung..he he...


raya ke enam ( sabtu ) baru lah aku bertolak balik...niatnyer nak berehat sehari sebelum memulakan tugas hari isnin ti...sambil tu boleh beraya ke rumah jiran2 kat taman ni...Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Jadi Mak yg ke 60...27/9/2009...

i luve u mak....

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

emmm..dah dekat nak rayer...alhamdulillah...hampir sebulan kita berpuasa..tibalah hari yg dinanti2.....
Thn ni aku berayer di rumah mentua dulu..pastu rayer ke2 / ke3 baru balik Selangor....thn ni budget utk duit rayer mak, abah & adik nampaknyer kurang ler..almaklumler..takder bonus..he he...
aper pun aku tetap prepare utk diorang....tak dapat byk sikit pun jadi lah....
utk anak2 pulak...tiap2 bulan mama dah masuk akaun korang...so bulan rayer ni...nampaknyer kena delay la dulu...he he....
last but no least.. terima la lagu rayer ni...uwaaaaa..waaaaaa

Wednesday, August 12, 2009

GURU YANG EFEKTIF MENURUT IMAM GHAZALI

Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru yang cemerlang.
1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.
2. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.
3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara tersebut.
4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.
5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-muridnya.
6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.
7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Sunday, August 9, 2009

PA & MA


Abah dan Mak...Ab Wahab & Asnah....

Thursday, August 6, 2009

Friday, July 31, 2009

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

AL - FATIHAH....

Al-Fatihah kepada allahyarham datukku, Long bin Ab Rahman ( 87 tahun )yang telah kembali ke rahmatullah 30 Julai, 11.45 p.m kerana sakit tua....

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman...Amin...

Tuesday, July 28, 2009

Ku rindu padanya..............Camelia

Sangkaan buruk (Bersangka baik lah)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Wednesday, July 15, 2009