Friday, June 19, 2009

SAJAK UNTUK ABAH...AB WAHAB LONG


Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku berjaya
kerana abah aku bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri
kerana aku....puteri tunggalmu

abah…
ketika aku kalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

No comments:

Post a Comment