Wahhhh..dah bersawang betul blog aku ni....lama betul x post citer2 ss aku...anyway tahun merupakan tahun baru 2014 ( dah bulan march pun ). Huhu...
Hari ni nak post satu hobi baru aku....Menjahit....hua hua...mak aku pun tergelak bile tgk aku menjait...hampir penuh satu beg plastik sampah hitam aku buang perca2 kain masa mula2 aku minat menjait dulu...
Hobi ni start bile aku mula beli mesin jait tepi...dan bermula dari hari tu..aku mula explore mcm2 jenis pesen tudung dan baju...semua bermula dari internet...jahit baju kurung???mmg aku x minat....sbb pd aku ramai sgt pandai jahit baju kurung...baik aku explore camne nak jait pesen2 terkini dipasaran memandang selai blouse simple kat kedai pun harga nye mcm x masuk akal...baik aku buat sendiri...
Tuesday, March 18, 2014
Sewing obsession
Wednesday, December 4, 2013
Cheese Kek Meleleh Leleh
Assalamulaikum kawan2
Hari ni saya nak share resepi kek Cheese yang sedap ni. Mengikut sumber yang boleh dipercayai kek ini amat terkenal di negara Brunei Darussalam.
Admin pun dah cuba resepi ni. Ternyata memang sedap dan paling penting mudah untuk dibuat. Apa kata kawan2 try buat.
Kek Cheese Meleleh a.k.a Snowcheese
Sumber :Rahel@blogspot.com
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda
*Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.
Sebatikan.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek.
Monday, December 2, 2013
Melty Hersheys in d house
Ramai betul yang post pasal melty hershey ni kat fb...bermacam2 versi boleh kita tgk...so makcik pun apalagi search le gugel nak dapat kan resepi melty hershey ni..ada mcm2 versi rupernye..tp makcik carik le yg paling mudah..apalagi trus ke Moms Bake House untuk cari bahan2 nak buat melty hershey ni. Rasa nye mmg umphhhh...ank2 pun suka. Jom kita try...resepi yang simple dan yang pasti sangat sedap...(resepi copy & paste dari Rahel@Rahel . blogspot.com) Selamat mencuba...
MELTY HERSHEY CHOCOLATE
Sumber: Rahel@Rahel Blogspot
Resepi Asal: Noraslinda Bugal
Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)
Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo
Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)
Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
Saturday, October 19, 2013
Baking time
Minat membaking ni datang bila tgk post kek kat fb...ditambahkan dengan kwn2 sendiri yg suka mem"baking" kek...maka lahir la minat yg memberi manfaat kat kami sekeluarga...
Bukan apa...boleh jimat belanja disamping boleh mkn apa je kek dipasaran skrg tanpa beli ( almaklum ler..harga kek sebijik pun mahal )..
Yang penting ank2 aku mmg penggemar kek...terutama my only son tu...
Mula2 ni aku beli oven kecik dulu...sok2 dah terer aku bercadang nak beli besar skit ( boleh buat bisnes skali )...
Harap2 minat ni tak separuh jalan...mana tau aku boleh buka kedai kek pulak ke satu hari nnti ( mood..verangan la tu )♡♡♡♡
Saturday, September 21, 2013
Wednesday, November 28, 2012
Kan Mak Dah Kata...
pesal lak ni???jeng jeng..ni gara2 berFAREEDA..la...sekarang ni bukan jek FAREEDA je, DNE..dan ntah aper2 tudung asalkan cutting seangkatan dengannya...
FAREEDA...
mmg la cun...aku hanya ader beberapa helai yang kaler nya tak ler gojes dan jadi rebutan org kat luar sana...semakin hari semakin melampau plak harga...sampai kalau nak beli set combo ( 2 helai ) mcm bayar installment keta sebulan...cukup la yang ader tu...tak mampu den..
DNE - De Noorish Elegence...
best gak tudung ni...ada 2 jenis yg aku ader...SAKURA dan latest SAJEEDA...aku suka sangat...SAKURA..kain agak kasar skit..tp kaler2nya sgt gojes dan paling penting selesa...kain SAJEEDA sangat lembut dan design sangat exclusive gitu...yang bestnya sempena Y.E.S ni ( 24/11 -31/12 )...harga tudung DNE ada spesel diskaun..rugi tak beli...
No Name / Homemade
aku dah ader banyak tudung takder brand ni...kain mmg best..latest skali aku beli awning full chiffon, kain high gred, cutting sebijik cam tudung yang ader jenama...harga mahal juga tp tak melampau...tp "alah membeli menang memakai"kan???..yang paling best kaler2 gojes yang orang dok berebut kat FB tu..aku boleh dapat yang tak mencekik leherku..
Walau apa pun tudung pilihan kita..terpulang pada diri masing2.."Tepuk Dada Tanya Selera".. ...sesekali nak pakai mahal apa salahnya...( tak ler semua koleksi ku mahal).Yang penting, aku dapat MENUTUP AURATku..
Wednesday, September 5, 2012
FAREEDA OH FAREEDA
konon2 tak mo membazir..tp biler tgk kenkawan pakai..hati tu terasa cam nak beli..
dah lama ku idamkan nak punyai satu....
sebelum ni aku hanya beli yang ala2 FAREEDA je...tp kali ni aku rasa cam nak cuba dan cari beza antara yg ori dan yg pirates...
Daripada pemerhatian aku, tak byk beza antara yg ori ngan yang tak ori...cuma yang ori ni awning nyer sangat cantik dan terletak...dari segi material kain...aku suka yang tak ori tu...lembut sikit daripada yang ori...
Takpela...yang penting hasrat aku untuk mencuba memakai dan memiliki sekurang - kurangnye satu tudung Fareeda ni dah tercapai...mungkin ini pertama dan yang terakhir ( sbb harganyer mahal )..ataupun mungkin aku akan beli..dan beli..dan beli Fareeda lagi...ngeh ngeh ngeh...
Thursday, May 10, 2012
Transformasi
Wednesday, March 21, 2012
Bengkel Ohh Bengkel
Berita gembira ku terima selepas tu, aku bakal menerima 2 orang guru praktikum dari IPG Johor Bahru..."bagai mengantuk disorong bantal"..mereka ini bakal membantu aku merealisasikan impian aku ni menceriakan bengkel ni...alhamdullilah...
Tak menyalahkan guru sebelum ni, aku sendiri pun tak mampu nak menceriakan bengkel ni seorang diri dek kerana subjek ini hanyalah subjek elektif dan membuatkan aku jarang2 dapat masuk kebengkel...mujur ada guru2 praktikum ni...Terima Kasih En Syafi'e dan En Syafik.